SELAMAT DATANG apa khabar.... (aku copy and paste dari web site aku yang tak pernah siap-siap, maklumlah bila semua nak buat sendiri) web site ini diujudkan adalah semata mata untuk berkongsi pengalaman dalam semua hal berkaitan aktiviti rekreasi kepada sesiapa saja yang berminat. tidak kira usia mahupun pangkat. banyak perkara berkaitan rekreasi perlu dikongsi bersama. pengalaman rekreasi sejak usia awal 20an lagi akan dikumpulkan disini, agar memberi manfaat kepada semua. selama ini saya gagal menyimpan matlumat, data-data dan gambar secara berkesan. kebanyakkannya rosak atau hilang dalam simpanan atau dipinjam rakan rakan yang akhirnya tidak dipulangkan. baru baru ini segala simpanan matlumat saya lenyap sekelip mata kerana masalah komputer dan hard disk. semua data data saya gagal diselamatkan. oleh itu dengan adanya web site ini, saya akan menyusun semula data data saya dengan lebih sistematik agar dapat di kongsi bersama, dengan bantuan isteri yang sama sama meminati aktiviti ini, juga kepada yang berminat untuk berkongsi matlumat dan info terbaru aktiviti rekreasi bolehlah menghantar kepada saya untuk dikongsi bersama. saya sedaya upaya akan cuba melengkapkan web ini mengikut perancangan secepat mungkin. "untuk pendaki, dari pendaki kepada pendaki". setakat ni fotografi kat sini jenis point dan shoot saja.... PROFIL RINGKAS (aku copy and paste yang lama) Kelebihan mampu menjalankan tugas sebagai sebagai wartawan foto di samping kecenderungan meningkatkan taraf rekreasi telah memberi banyak peluang dalam mempopularkan aktiviti tersebut, terutama aktiviti penerokaan gua dan teknik bermain tali yang semakin digemari. Di samping itu, turut memberi pendedahan dan penerangan mengenai tempat-tempat menarik sekitar tanah air untuk 'dikongsi' bersama. Telah melibatkan diri sejak usia awal 20an lagi. Mempunyai kemahiran rekreasi seperti teknik bermain tali ( ropes technic ), penerokaan gua menggunakan tali ( spelungking ), seni perkhemahan ( mountain craft ) dan mempunyai pengalaman luas dalam aktiviti pendakian gunung. Pernah menyandang jawatan Naib Presiden bagi Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL). Selain itu, mempunyai pengalaman mengendalikan beberapa pertubuhan rekreasi. Pernah mengendalikan aktiviti rekreasi bersama Young Adventure Tour ( YAT ) selama beberapa tahun sebelum menubuhkan syarikat sendiri bersama empat rakan yang lain iaitu Belantara Adventure Team Sdn Bhd ( BAT ) yang hanya mampu bertahan selama dua tahun saja. Selepas itu, menjadi penasihat teknikal untuk Akedami Kembara Nusantara ( AKN ) sebelum sekali lagi memberanikan diri menubuhkan syarikat sendiri yang dikenali sebagai Graviti, sebelum namanya ditukar kepada `Mountain Craft ( Sports,Adventure & Leisure ). PENDAHULUAN SYARIKAT Aktiviti rekreasi, sama ada anda bersedia atau tidak adalah satu aktiviti yang berisiko tinggi. Oleh itu, tidak hairanlah jika tidak ada satu syarikat insuran pun di negara ini yang berani menerima caruman perlindungan dari kumpulan seumpama ini. Jika adapun sekarang tentunya polisinya lebih tinggi dari biasa. Justeru, latihan dan pendedahan yang kerap adalah perlu bagi menjamin keselamatan dan meningkatkan kualiti. Penggemar haruslah bertanggungjawab terhadap dirinya sendiri. Sehubungan itu, khidmat jurulatih berpengalaman dan pemilihan peralatan yang berkualiti dijangka dapat mengelakkan sebarang kemungkinan dari berlaku. Perlu diingat bahawa anda bukanlah ahli pasukan keselamatan, anggota tentera, ahli bomba atau pasukan penyelamat tetapi hanyalah segelintir penggemar sukan rekreasi yang serius. Berfikirlah seperti seorang ahli sukan dan bukan seperti seorang wira demi masa depan sukan ini. Seperti sukan-sukan yang lain, anda harus mematuhi peraturan dan etika semasa beraktiviti agar ia tidak disalah ertikan oleh masyarakat. Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankan maruah sukan ini agar ia dihormati. MUKADIMAH SYARIKAT Sebenarnya tidak ada satu perkara pun di dunia ini yang 'percuma' kecuali 'dunia rekreasi'. Dunia rekreasi adalah satu 'anugerah' kepada penggemarnya, jika mereka mempunyai sikap ingin mengambil tahu. Di dalamnya, terkandung terlalu banyak perkara yang boleh dipelajari dan dijadikan tauladan. Dunia rekreasi bukanlah satu aktiviti 'lasak' yang perlu dibanggakan tetapi ia adalah satu aktiviti berbentuk 'serampang dua mata' , malah lebih. Sambil kita 'memenatkan diri' kita juga boleh mempelajari sesuatu yang baru mengenainya seperti hal-hal yang berkaitan dengan hutan-belantara. Antaranya seperti gunung-ganang, gua, air terjun, cara hidup orang asli, mendaki tembok batu, bermain tali, tumbuhan herba, burung, serangga dan banyak lagi perkara yang boleh menjadikan mereka 'individu' yang boleh dihormati di kalangan mereka sendiri. Di samping itu, kita juga mampu mengesan kelebihan dan kekurangan diri sendiri. Kelebihan dan kekurangan tersebut boleh dipertingkatkan dan diperbaiki dengan bekerja secara berkumpulan. Yang paling utama ialah kami akan menerangkan kepada anda betapa pentingnya aspek 'unwritten contract' terutamanya 'team contract' dalam berkumpulan. Aspek- aspek tersebut adalah kunci kejayaan sesebuah kumpulan atau persatuan. Adalah menjadi matlamat kami melahirkan penggemar-penggemar yang berilmu dengan berlandaskan aktiviti 'fizikal' sebagai 'alat' untuk mereka jadikan tauladan manakala 'minda' atau 'mental' akan dijadikan 'alat' bagi menjerat seberapa banyak pengalaman dalam aspek pembelajaran yang boleh dijadikan panduan dalam mengharungi kehidupan sama ada di rumah, di tempat kerja atau di mana saja mereka berada. Di samping itu ia akan memudahkan mereka berinteraksi sesama sendiri dan bertukar-tukar pendapat mengenai dunia yang mereka ceburi ini. Selain itu kami akan membantu peserta-peserta yang mempunyai kecenderungan membentuk identiti sendiri dalam bidang yang diminati. OBJEKTIF PERGERAKAN - Mempelbagaikan pilihan terhadap sukan lasak di negara ini - Membuka minda belia / penggemar agar sentiasa peka terhadap perkembangan sukan lasak khususnya di peringkat antarabangsa - Melahirkan ramai belia yang berani dan bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan rakan-rakan - Meningkatkan semangat setiakawan dan mengeratkan silatulrahim di kalangan peserta - Melahirkan lebih ramai "bintang" sukan lasak di negara ini - Memperkenalkan cara hidup dan pengurusan diri serta kumpulan semasa di hutan. - Mempertahankan konsep rekreasi sebenar yang menjadi amalan supaya menjadi ikutan penggemar - Memahami secara tidak langsung apa yang dipanggil :- - unwritten contract - individual contract - team contract - team spirit - team work - team building - aspek mental - aspek fizikal - mountain craft Sekarang ini saya masih membawa pengemar pengemar rekreasi untuk beraktiviti tetapi dalam kumpulan kecil, selalunya saya akan extrakan sehari untuk memberi keselesaan kepada kumpulan dan saya sendiri. Maklumlah bila dah dimakan usia ni taklah lagi mampu untuk berlari laju seperti anak-anak kecil....(faham-faham je la..) Aktiviti saya kini tidak lagi berasaskan perniagaan tetapi lebih kepada kepuasan individu dan kumpulan. E-mail: rambutansz@yahoo.com, j_asmaruddin@yahoo.com
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
misteri tanah torajahttp://xtive.utusan.com.my/video.php?v=508
![]() pentadbiran.wmvaksi staff utusan di malam bling bling...
|
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||




